step by step :)
The OWNER Says;
Welcome to my blog. NGEE~ Whatever i wrote here is sincerely from my heart and also from my silly mind. HEHE. By the way, nampak tak cat lelambai tuh? Make sure you guys lambai balik~ HAHA!

The best way to stalk 'the one you love' is by reading their blog entries. HEHE~
Choose and Click...


Profile
Blog
Credits
L.O.V.E...

"learning how to love myself before loving others"


Leave Your Comments Here...


Things I've Talked About...

June 2012 | July 2012 | September 2012 | November 2012 | February 2013 | March 2013 | April 2013 | June 2013 | September 2013 | January 2015 |




Tentang dia
Written at Thursday, 22 January 2015 | back to top

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada tarikh 20/01/2015 
Aku ke rumah adik angkatku. Saja melepak disana. Lepaskan rindu pada mereka sebab jarang berjumpa. Pada malamnya, kami berborak sakan. Tengah seronok bercerita, bagaikan 'ditampar' aku tiba-tiba teringatkan arwah. 

Arwah? Siapa dia? 
Dialah abang. Dialah cinta. Dialah yang pertama. Ya, dialah 'penghuni pertama' hati ini. Aku tiba-tiba teringatkan kenangan kami. Aku teringat segalanya tentang dia. Hati rasa tak sedap. Aku gelisah. Pelik. Kenapa aku jadi tak senang duduk ni? Aku terus tanya tarikh pada adik angkat ku. Dia bagitahu 'Oh, harini 20/01. Kenapa kak?'

Ya Allah! 
Patutlah aku teringatkan dia. Rupa-rupanya harini dah masuk 5 tahun dah dia pergi. Dia menyambut seruan Ilahi ketika masih berumur 18 tahun pada tarikh 20/11/2010. Terasa pantas masa berlalu. Benarlah kata orang 'masa tu pengubat segalanya'. Tapi sebenarnya aku rasa 'time WILL heal the wound, but no amount of time CAN erase the scar'. Sebabnya setiap kali aku teringatkan arwah, 'parut' kat hati aku akan berdarah balik...

And yes, pada tarikh 20/01/2015
Aku menangis. Menangis sebab rindukan dia. Menangis sebab aku dah semakin bahagia. Menangis sebab aku 'terlupa' dia. Menangis sebab aku takut, aku takut aku AKAN 'lupakan' dia selama-lamanya. Apapun, aku bersyukur. Ingatan ini masih kuat. Aku masih ingatkan dia. Alhamdulillah... Dan aku tak akan sesekali pun akan buang memori tentang dia. Tak mahu dan tak akan...

Sekarang ni hanya kiriman Yaasin dan doa saja yang menjadi 'penghubung kami'. And sometimes, aku ada jugak coretkan puisi untuk dia dan kalau tak silap aku ada post puisi untuk arwah dalam blog ni. Post masa februari 2013. Segala benda yang aku buat ni sedikit sebanyak mengurangkan sikit rindu aku pada arwah. Taklah aku 'terseksa' sangat menanggung rindu...

Kedatangan dan pemergian arwah memang memberi 'impak' yang sangat besar. Terlalu banyak pengajaran yang aku dapat. Tapi pengajaran yang paling besar ialah...


Ajal aku di dalam genggaman-Nya

Giliran aku akan tiba

Mati itu satu kepastian

Semoga aku menyambut seruan-Nya

 Ketika diriku masih beriman

Amin



Byebye. Thankyou.


Biarlah Aku Berjihad dalam Mencintainya...
Written at Monday, 19 January 2015 | back to top

Bismillahirrahmanirrahim...

Dahulu, hati ini pernah terpaut pada seorang insan bernama lelaki. Tidak ku sangka dia juga mempunyai perasaan sepertiku. Kami mula mengenali hati budi masing-masing. Rasa suka semakin kuat dan akhirnya dia ingin menjadikan aku 'teman istimewanya'...

Tetapi...

Aku tolak.

Dan aku simpan kemas perasaanku di dalam hati...

Mengapa?
Kerana aku tersedar bahawa 'aku benar-benar mencintainya'
Oleh itu, aku ingin menjaganya dan menjauhkan dirinya dari melakukan perkara yang mungkar
Aku tidak sanggup melihat dirinya diseksa di akhirat kelak

Kerana
Islam mengajarku untuk memendamkan perasaan cinta terhadap kaum Adam dan cintainya di dalam diam kerana 'diam' itu bermaksud aku memuliakan dirinya 
Aku tidak mengajaknya melakukan hubungan yang terlarang

Tetapi
Dia semakin menjauh 
Dan tidak lama kemudian
Hatinya dimiliki yang lain
Hanya Allah S.W.T. saja yang tahu perasaanku ketika itu

Namun
Aku gagahkan diri 
Aku tabahkan hati
Kerana aku lakukan semua ini demi Allah S.W.T
Kerana aku lakukan semua ini demi dia...

Dan 'kisah kami' terhenti disitu
Aku tidak bertemunya lagi...

Beberapa tahun sudah berlalu

Kini
Dia kembali...

Tetapi kali ini
Hatinya tidak 'berpenghuni'
Mereka sudahpun berpisah

Ya Allah,
Adakah ini ujian untukku?
Adakah ini dugaan buatku?
Rasa cinta ku padanya 
Masih ada Ya Allah
Masih membara

Ya Allah,
Syaitan sudah mula berbisik
Katanya aku masih punya harapan
Aku patut 'bercouple' dengannya
Agar dia tidak dimiliki yang lain

Dapatkah aku menahan diriku dari godaan 'syaitan yang durjana'?

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!

Tidak!
Aku tidak akan tunduk pada syaitan!

Aku akan diamkan perasaan ini
Aku akan pendamkan perasaan ini
Aku akan simpan perasaan ini

Biarlah pedih menanggung rindu
Biarlah sakit menanggung cinta
Biarlah rasa ini menjadi 'rahsia' antara aku dan Allah S.W.T.

Dan...

Biarlah aku berjihad dalam mencintainya...


Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya Kau sajalah yang tahu 
Betapa kuatnya perasaanku terhadapnya
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui

Oleh itu Ya Allah
Jika dia adalah jodohku
Peliharalah hubungan kami dan
Jodohkanlah kami Ya Allah
Dekatkan kami dengan ikatan yang sah 
Suatu hari nanti

Tetapi 
Jikakalau dia bukanlah jodohku
Tunjukkan aku jalan yang terbaik 
Agar aku tidak menyakitinya
Lalu Kau tutupkanlah pintu hatiku
Dan permudahkan aku untuk melupakannya

Ya Allah
Andai kata 
Memang benarlah dia bukan jodohku
Aku mohon padaMu Ya Allah
Kau jagakanlah dirinya bagi pihakku
Kau jagakanlah hatinya bagi pihakku
Kau lindungilah imannya
Dan
Kau jodohkanlan dirinya dengan seseorang
Yang lebih baik dariku
Seseorang yang setia bersamanya dan
Tidak akan menyakiti hatinya

Amin




Byebye. Thankyou.


Dah kembali
Written at Sunday, 18 January 2015 | back to top

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah beberapa tahun berlalu. Terasa cepat masa berlalu. Terlalu banyak kisah berlaku. Dah lama tak buka blog nih. Jari jemari dah mengeras dan semakin 'awkward' nak menaip. So, harap lepas ni saya tak tinggalkan blog ni keseorangan lagi. InsyaAllah...

Byebye.


Mangkuk Tandas
Written at Tuesday, 24 September 2013 | back to top

Assalamualaikum!



'Eh! Blog apa cerita ek?' Haaa... inilah benda yang bermain di fikiran saya pada beberapa minit yang lepas. Punya lah sibuk dengan hal kolej sampai blog dah berbulan tak buka! UWAH! So, nak dipendekkan cerita... semenjak dua tiga menjak ni saya selalu stay kat rumah 'bestie' saya, Jijah. Macam-macam yang berlaku but i don't have the time nak ceritakan dekat dalam blog nih. Tapi ada satu kejadian yang membuatkan saya tekad nak 'tepekkan' cerita tu dalam blog nih!


Kenapa saya semangat nak bercerita? Sebabnya ialah 'phone' saya terjatuh di dalam mangkuk tandas di rumah Jijah. Kejadian ni berlaku pada bulan 8 yang lepas, berlaku pada suatu petang yang indah. Saya sedang menjamu selera. Yang lain dah siap makan tapi saya sorang je yang slow macam kura-kura. Saya memang jenis makan lambat. *kononya ikut sunah Nabi a.s; kunyah 40 kali* HEHE. Apabila selesai makan, saya pun bawa pinggan saya ke dapur untuk dibasuh.


Tiba-tiba, saya punya 'bladder itu ada rasa macam mau terkucil sidikit'. Dengan kelajuan cahaya, saya tinggalkan pinggan saya di sinki dan berlari ke toilet. *tak senonoh punya anak dara* Sesampainya saya di toilet, 'handphone' saya membuat terjunan berani mati lalu jatuh lah ia di dalam mangkuk tandas. o_o <--- Macam ni lah reaksi saya waktu tu. Tiba-tiba terasa 'kelu seribu bahasa'. Saya punya tak percaya phone saya dah terjun dalam mangkuk tandas, saya terasa macam semua yang berlaku tu mimpi je.


Bila saya dah kembali ke alam realiti, saya terus menjerit. HAHA. Kelakar bila ingat balik. Tak sangka, boleh tahan 'blur' jugak saya ni ya? -_- Jijah and her family semua tanya 'Kenapa? Kenapa?' Dengan suara nak menangisnya, saya pun jawab 'Phone... phone dah terjun dalam lubang jamban!' Muka dorang masa tu 'priceless' sangat! Muka terkejut plus tahan nak gelak. Saya pulak yang nak tergelak tengok dorang sedangkan saya patut bersedih masa tu.


Kecoh jugak lah satu rumah pasal phone saya tu. Sampaikan Abah Jijah sanggup tolong korekkan phone tu dalam lubang jamban. Terharu pulak rasanya! >_< Phone tu memang dah tak ada harapan untuk diselamatkan sebab toilet rumah Jijah jenis yang menyangkung, bukan jenis yang duduk tu. Saluran toilet yang menyangkung tu lebih dalam berbanding yang duduk punya. Nak tak nak, kena cakap 'sayonara' je lah.


Bila benda ni dah berlaku, kenalah bagitau dekat Mama kan? HAA... itulah yang menjadi cabaranya pun adoi! Memula saya text dia, then call. Nasib baik lah angin dia baik and dia gelak-gelak je. Sampaikan dia pergi 'story' dekat big sis saya yang tinggal kat Sarawak. Dia pun bahan saya jugak. HAIHHH. Nasib badan... Ayah je yang baik sebab Ayah bagi saya phone dia yang Ayah tak nak pakai. Samsung Colby, model yang sama macam terjun jamban tu. HAHA. Kuat betul jodoh saya dengan Colby ni ek! 


Macam tak senonoh pulak cerita pasal jamban. *baru tersedar* -_-'


Thanks for reading :)


Tak seperti yang kau nampak
Written at Monday, 17 June 2013 | back to top


Berjalan menunduk bumi, langkahnya perlahan. Masa yang berlari pantas tak diendahkan. Kini, langkahnya semakin perlahan. Seakan ada yang mengangggu fikirannya. 

Matanya sayu, merahsiakan seribu cerita. Pahit? Manis? Entah. Tiada siapa yang tahu. Namun, aku tahu. Aku tahu bahawa hidupnya bergelumang dengan kesedihan.

Aku tahu. Disebalik percakapannya, dia berduka. Disebalik senyumannya, dia terluka. Disebalik tawanya, dia menangis. 

Aku juga tahu yang hidupnya tak bahagia. Semuanya dipendam dalam-dalam. Katanya, biar tiada siapa yang tahu.

Tapi mengapa aku boleh tahu?

Kerana... aku dan dia tiada beza. Kami serupa. Dialah aku dan akulah dia. Bernafas dalam jasad yang sama, dialah 'hati' ku.

Hati yang selama ini memegang dan menyimpan kemas segala perasaanku. Hati yang kadang kala menyesatkan aku dan menyedarkan aku didalam perjalanan menjadi seorang manusia.

Aku masih lagi berjalan. Kemana arah tuju ku, aku masih belum aku pastikan lagi. 

Tak apa, firasat hati kan ada.

Kini, aku masih lagi melangkah. Mungkin lebih perlahan dari yang sebelumnya. Hanya berbekalkan firasat hati, aku akan tetap melangkah. Aku bawa segala rasa hati, melangkah jauh- jauh dari tempat ini.

Tempat dimana aku tak dihargai lagi.


Adam...
Written at Saturday, 13 April 2013 | back to top


Jangan pernah kau agungkan
Keindahan CINTA dihadapanku,
Aku hanyalah manusia biasa
Aku juga pernah merasa CINTA,
Tapi... itu dahulu,
Kini aku semakin realistik,
Sudah aku campakkan fantasi
Kerana aku sedari fantasi itu ilusi,
Aku semakin berfikiran jauh,
Aku semakin melangkah maju...  
Aku semakin matang,
Bangga dengan perubahanku,
Ya, terlalu bangga!
Sehinggakan benciku pada kaum Adam,
Semakin menebal dan tak merapuh...
Salahkah aku?
Jika benci itu wujud,
Dari pengalaman hidupku...
Akukah yang patut dipersalahkan?
Aku pun tidak tahu...  
Apa yang aku tahu
Yang Maha Esa telah menetapkan
Jodoh bagi setiap hamba-Nya,
Aku sedar!
Aku tahu!
Aku tidak berhak...
Menolak ketentuan-Nya,
Menolak takdir-Nya,
Sedangkan hanya DIA lah,
Yang layak menentukan hidupku...  
DIA telah pun...
Menarik nafas seorang Adam
Yang pernah aku cintai dahulu,
Aku redha andai itu mahu-Nya,
Namun dimindaku, aku tetap merasakan
Bahawa aku tidak memerlukan CINTA,
Jadi, aku tutup pintu hatiku,
Aku kunci rasa cintaku,
Tapi mengapa... 'dia' bisa melangkah masuk ke dalam hatiku?


p/s; Karya ini dicoret pada tahun 2010. Err... Yela kot. Saya pun tak ingat bila saya cipta karya ni. HEHE. Dah lama dah. Tadi kemas bilik dan terjumpa balik ;) *jiwang jugak saya ni rupanya* HAHA!


Thanks for reading :)


From Me To You...
Written at Friday, 12 April 2013 | back to top


When will it reach you?
These feelings that I've felt,
From the day that I met you,
These feelings had grown so big,
I'm sincerely happy,
Just by sitting beside you...
Deep inside,
I felt like we're stuck with each other...
There's a lot of unreasonable things in this world,
For me, one of the things is you!
Sometimes...
I ask myself,
Will my feelings reach you?
Have I conveyed what I really feel for you?
And the biggest question is...
When will I do it?
When will I confess to you???


p/s; Ilham dari sebuah movie jepun, tidak ditujukan buat sesiapa pun...


Thanks for reading :)