Bismillahirrahmanirrahim...
Pada tarikh 20/01/2015
Aku ke rumah adik angkatku. Saja melepak disana. Lepaskan rindu pada mereka sebab jarang berjumpa. Pada malamnya, kami berborak sakan. Tengah seronok bercerita, bagaikan 'ditampar' aku tiba-tiba teringatkan arwah.
Arwah? Siapa dia?
Dialah abang. Dialah cinta. Dialah yang pertama. Ya, dialah 'penghuni pertama' hati ini. Aku tiba-tiba teringatkan kenangan kami. Aku teringat segalanya tentang dia. Hati rasa tak sedap. Aku gelisah. Pelik. Kenapa aku jadi tak senang duduk ni? Aku terus tanya tarikh pada adik angkat ku. Dia bagitahu 'Oh, harini 20/01. Kenapa kak?'
Ya Allah!
Patutlah aku teringatkan dia. Rupa-rupanya harini dah masuk 5 tahun dah dia pergi. Dia menyambut seruan Ilahi ketika masih berumur 18 tahun pada tarikh 20/11/2010. Terasa pantas masa berlalu. Benarlah kata orang 'masa tu pengubat segalanya'. Tapi sebenarnya aku rasa 'time WILL heal the wound, but no amount of time CAN erase the scar'. Sebabnya setiap kali aku teringatkan arwah, 'parut' kat hati aku akan berdarah balik...
And yes, pada tarikh 20/01/2015
Aku menangis. Menangis sebab rindukan dia. Menangis sebab aku dah semakin bahagia. Menangis sebab aku 'terlupa' dia. Menangis sebab aku takut, aku takut aku AKAN 'lupakan' dia selama-lamanya. Apapun, aku bersyukur. Ingatan ini masih kuat. Aku masih ingatkan dia. Alhamdulillah... Dan aku tak akan sesekali pun akan buang memori tentang dia. Tak mahu dan tak akan...
Sekarang ni hanya kiriman Yaasin dan doa saja yang menjadi 'penghubung kami'. And sometimes, aku ada jugak coretkan puisi untuk dia dan kalau tak silap aku ada post puisi untuk arwah dalam blog ni. Post masa februari 2013. Segala benda yang aku buat ni sedikit sebanyak mengurangkan sikit rindu aku pada arwah. Taklah aku 'terseksa' sangat menanggung rindu...
Kedatangan dan pemergian arwah memang memberi 'impak' yang sangat besar. Terlalu banyak pengajaran yang aku dapat. Tapi pengajaran yang paling besar ialah...
Ajal aku di dalam genggaman-Nya
Giliran aku akan tiba
Mati itu satu kepastian
Semoga aku menyambut seruan-Nya
Ketika diriku masih beriman
Amin
Byebye. Thankyou.
Bismillahirrahmanirrahim...
Dahulu, hati ini pernah terpaut pada seorang insan bernama lelaki. Tidak ku sangka dia juga mempunyai perasaan sepertiku. Kami mula mengenali hati budi masing-masing. Rasa suka semakin kuat dan akhirnya dia ingin menjadikan aku 'teman istimewanya'...
Tetapi...
Aku tolak.
Dan aku simpan kemas perasaanku di dalam hati...
Mengapa?
Kerana aku tersedar bahawa 'aku benar-benar mencintainya'
Oleh itu, aku ingin menjaganya dan menjauhkan dirinya dari melakukan perkara yang mungkar
Aku tidak sanggup melihat dirinya diseksa di akhirat kelak
Kerana
Islam mengajarku untuk memendamkan perasaan cinta terhadap kaum Adam dan cintainya di dalam diam kerana 'diam' itu bermaksud aku memuliakan dirinya
Aku tidak mengajaknya melakukan hubungan yang terlarang
Tetapi
Dia semakin menjauh
Dan tidak lama kemudian
Hatinya dimiliki yang lain
Hanya Allah S.W.T. saja yang tahu perasaanku ketika itu
Namun
Aku gagahkan diri
Aku tabahkan hati
Kerana aku lakukan semua ini demi Allah S.W.T
Kerana aku lakukan semua ini demi dia...
Dan 'kisah kami' terhenti disitu
Aku tidak bertemunya lagi...
Beberapa tahun sudah berlalu
Kini
Dia kembali...
Tetapi kali ini
Hatinya tidak 'berpenghuni'
Mereka sudahpun berpisah
Ya Allah,
Adakah ini ujian untukku?
Adakah ini dugaan buatku?
Rasa cinta ku padanya
Masih ada Ya Allah
Masih membara
Ya Allah,
Syaitan sudah mula berbisik
Katanya aku masih punya harapan
Aku patut 'bercouple' dengannya
Agar dia tidak dimiliki yang lain
Dapatkah aku menahan diriku dari godaan 'syaitan yang durjana'?
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
Tidak!
Aku tidak akan tunduk pada syaitan!
Aku akan diamkan perasaan ini
Aku akan pendamkan perasaan ini
Aku akan simpan perasaan ini
Biarlah pedih menanggung rindu
Biarlah sakit menanggung cinta
Biarlah rasa ini menjadi 'rahsia' antara aku dan Allah S.W.T.
Dan...
Biarlah aku berjihad dalam mencintainya...
Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya Kau sajalah yang tahu
Betapa kuatnya perasaanku terhadapnya
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui
Oleh itu Ya Allah
Jika dia adalah jodohku
Peliharalah hubungan kami dan
Jodohkanlah kami Ya Allah
Dekatkan kami dengan ikatan yang sah
Suatu hari nanti
Tetapi
Jikakalau dia bukanlah jodohku
Tunjukkan aku jalan yang terbaik
Agar aku tidak menyakitinya
Lalu Kau tutupkanlah pintu hatiku
Dan permudahkan aku untuk melupakannya
Ya Allah
Andai kata
Memang benarlah dia bukan jodohku
Aku mohon padaMu Ya Allah
Kau jagakanlah dirinya bagi pihakku
Kau jagakanlah hatinya bagi pihakku
Kau lindungilah imannya
Dan
Kau jodohkanlan dirinya dengan seseorang
Yang lebih baik dariku
Seseorang yang setia bersamanya dan
Tidak akan menyakiti hatinya