Assalamualaikum!
'Eh! Blog apa cerita ek?' Haaa... inilah benda yang bermain di fikiran saya pada beberapa minit yang lepas. Punya lah sibuk dengan hal kolej sampai blog dah berbulan tak buka! UWAH! So, nak dipendekkan cerita... semenjak dua tiga menjak ni saya selalu stay kat rumah 'bestie' saya, Jijah. Macam-macam yang berlaku but i don't have the time nak ceritakan dekat dalam blog nih. Tapi ada satu kejadian yang membuatkan saya tekad nak 'tepekkan' cerita tu dalam blog nih!
Kenapa saya semangat nak bercerita? Sebabnya ialah 'phone' saya terjatuh di dalam mangkuk tandas di rumah Jijah. Kejadian ni berlaku pada bulan 8 yang lepas, berlaku pada suatu petang yang indah. Saya sedang menjamu selera. Yang lain dah siap makan tapi saya sorang je yang slow macam kura-kura. Saya memang jenis makan lambat. *kononya ikut sunah Nabi a.s; kunyah 40 kali* HEHE. Apabila selesai makan, saya pun bawa pinggan saya ke dapur untuk dibasuh.
Tiba-tiba, saya punya 'bladder itu ada rasa macam mau terkucil sidikit'. Dengan kelajuan cahaya, saya tinggalkan pinggan saya di sinki dan berlari ke toilet. *tak senonoh punya anak dara* Sesampainya saya di toilet, 'handphone' saya membuat terjunan berani mati lalu jatuh lah ia di dalam mangkuk tandas. o_o <--- Macam ni lah reaksi saya waktu tu. Tiba-tiba terasa 'kelu seribu bahasa'. Saya punya tak percaya phone saya dah terjun dalam mangkuk tandas, saya terasa macam semua yang berlaku tu mimpi je.
Bila saya dah kembali ke alam realiti, saya terus menjerit. HAHA. Kelakar bila ingat balik. Tak sangka, boleh tahan 'blur' jugak saya ni ya? -_- Jijah and her family semua tanya 'Kenapa? Kenapa?' Dengan suara nak menangisnya, saya pun jawab 'Phone... phone dah terjun dalam lubang jamban!' Muka dorang masa tu 'priceless' sangat! Muka terkejut plus tahan nak gelak. Saya pulak yang nak tergelak tengok dorang sedangkan saya patut bersedih masa tu.
Kecoh jugak lah satu rumah pasal phone saya tu. Sampaikan Abah Jijah sanggup tolong korekkan phone tu dalam lubang jamban. Terharu pulak rasanya! >_< Phone tu memang dah tak ada harapan untuk diselamatkan sebab toilet rumah Jijah jenis yang menyangkung, bukan jenis yang duduk tu. Saluran toilet yang menyangkung tu lebih dalam berbanding yang duduk punya. Nak tak nak, kena cakap 'sayonara' je lah.
Bila benda ni dah berlaku, kenalah bagitau dekat Mama kan? HAA... itulah yang menjadi cabaranya pun adoi! Memula saya text dia, then call. Nasib baik lah angin dia baik and dia gelak-gelak je. Sampaikan dia pergi 'story' dekat big sis saya yang tinggal kat Sarawak. Dia pun bahan saya jugak. HAIHHH. Nasib badan... Ayah je yang baik sebab Ayah bagi saya phone dia yang Ayah tak nak pakai. Samsung Colby, model yang sama macam terjun jamban tu. HAHA. Kuat betul jodoh saya dengan Colby ni ek!
Macam tak senonoh pulak cerita pasal jamban. *baru tersedar* -_-'
Thanks for reading :)