step by step :)
The OWNER Says;
Welcome to my blog. NGEE~ Whatever i wrote here is sincerely from my heart and also from my silly mind. HEHE. By the way, nampak tak cat lelambai tuh? Make sure you guys lambai balik~ HAHA!

The best way to stalk 'the one you love' is by reading their blog entries. HEHE~
Choose and Click...


Profile
Blog
Credits
L.O.V.E...

"learning how to love myself before loving others"


Leave Your Comments Here...


Things I've Talked About...

June 2012 | July 2012 | September 2012 | November 2012 | February 2013 | March 2013 | April 2013 | June 2013 | September 2013 | January 2015 |




Hati + Perasaan
Written at Thursday, 6 September 2012 | back to top

Assalamualaikum!


Ha... nampak tajuk tuh? Kalau nampak maka anda dgn 'atomatiknya' tau yang post saya harini saya jiwang-jiwang sikit. HEHE. Saya manusia biasa, ada hati dan perasaan so 'jejiwangan' nih memang tak boleh nak lari dari saya dan diri anda juga :D Okay, saya nak mulakan cerita nih. 


Bismillahirrahmanirrahim...


Masa tu saya masih lagi bergelar 'student sem 1', walaupun berada di persekitaran yang baru tapi saya rasa macam saya dah lama ada kat situ. Kengkawan pun rasa macam dah lama kenal, dorang sesgt 'friendly'. Seriously, saya rindu sem 1 dulu :) Susah senang, tanggung sesama. Paling 'tak boleh blah nya' tagline class kitaorang masa tu, "LAST MINUTE MAKES PERFECT" HAHA. Nampak sgt lah kitaorang selalu buat kerja last minute kan? HEE~ Entah macam mana, hati nih mula terpaut pada 'seseorang'. Yup, dia berada di dalam kelas yang sama. Tak tau lah kenapa boleh terpaut kat dia. Maybe sebab dia 'tinggi dan berkaca mata'. CEWAH! HAHA. 


Buat pengtahuan anda, saya sgt suka lelaki yang 'berspeck' nih. Lelaki yang berspeck ni nampak MACHO sgt, nampak 'matang'. Ya ya ya, saya mengaku yang saya suka pada lelaki yang matang jugak. HEHE. Kenapa saya suka lelaki yang 'tinggi'? Sebabnya... bila saya berjalan di sebelah orang yang lgi tinggi dari saya, saya akan 'rasa selamat'. Kenapa macam tu pulak? Errr... entahlah. NGEHNGEH~ Pada mulanya niat nak 'diamkan' je. Tapi saya ceritakan kat Jijah jugak akhirnya dan bila cerita tu dah sampai kat Jijah, cerita tu akan beralih ke Wani pulak. Kemudian Fara dan ramai lagi lah. Akhirnya, 'berduyun' lah makhluk yang tau pasal 'feeling' saya nih~ HAHA.


Masa berlalu, saya dan dia jadi semakin rapat dan ada satu haritu, 'dia and the geng' datang rumah saya sebab nak dorang nak cari rumah untuk sem 2 nanti. So, start dari situlah saya dan dia 'mula mesej'. Masa tu mestilah saya 'suka'. Yela, orang yang kita suka mesej kita. Siapa yang tak suka kan? HEE. Masa birthday saya, dia ada bagi mesej kat saya. Mesejnya berbunyi begini; 

"Hei.. Assalamualaikum.. Sy nak minta maaf spanjang sy dh bkwn dgan awk law sy ad wat slh ataw tksar bhasa.. Sy nk minta maaf jgak sbb smalam bday awk sy mcm xlayan je.. Sy hrap smpat lg nk wish bday awk.. Happy bday jibam.. :) Smoga pnjang umur n wish u gud luck! Maaflah xd present untuk awk.. Sy syg smua kwn2 sy especially awk.. Thank u.. Ai nie sy nk blik umah so maybe jmpe sem dpan ye.. Babai...." (2:06 pm) 


Lepas tu, sem 2 pun hadir. Saya dan dia terpisah kelas, kitaorang dah tak sama kelas lagi dah. Walaupun tak selalu jumpa, kitaorang selalu jugak chat kat 'Facebook' tapi dah jarang mesej dah time tu. Masa tengah mesej dengan dia satu haritu, dia tetibe 'mintak couple'... Saya ada dengar cerita yang dia 'sgt sayangkan and still sayangkan ex dia' jadi saya cakap kat dia yang betul ke dia dah bersedia nak lupakan ex dia dan terima saya dlm hati dia? Dan dia jawab yang dia masih 'susah nak lupakan ex dia'. Jadi saya terangkan kat dia yang saya tak nak couple selagi dia tak boleh lupakan ex dia, saya tak nak dia couple dgn saya tapi hati dia untuk orang lain. Saya cakap buat masa ni biarlah kita kawan dulu, saya bagi dia 'masa' supaya dia dapat lupakan ex dia. So, secara tak langsung saya tolak 'lamaran' couple dia...


Pada masa tu jugak saya ingin jadikan dia sebagai seorang yang saya 'Cintai Dalam Diam'. Saya pernah terbaca satu artikel kat 'internet' yang menceritakan tentang cinta berdasarkan 'syariat Islam'. Ini adalah sedikit keratan daripada artikel tersebut;



"Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya.. 
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu .. 
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ..."


Kerana artikel inilah saya 'membisu dan saya pendamkan perasaan' saya pada dia. Kemudian saya dan dia semakin menjauh. Sehingga kini, dia masih tak tau apa perasaan saya yang sebenarnya dan kini dia telah pun 'bercouple' dgn seseorang yang sama kelas dgn dia. Pada mulanya saya terkejut sgt sebab begitu cepat hati dia 'berubah'. Tapi saya biarkan sebab itu perasaan dia, hak dia... Saya yakin tindakan saya betul dan saya 'lakukannya kerana Allah' dan saya lakukan kerana dia, saya ingin 'jauhkan dia dari melakukan perkara yang mungkar'... 


Mungkin kitaorang dah ditakdirkan untuk menjadi 'tak lebih dari kawan'. Saya pasrah jika inilah apa yang Allah inginkan. Saya yakin Allah dah tentukan sesuatu yang 'lebih baik' untuk saya. InsyaAllah~ Setelah sekian lama tak bertegur sapa, tadi saya 'chat' dgn dia. Dia bagitau yang dia sayangkan 'girlfriend' dia tapi sekarang ni dia ada masalah. Saya hanya boleh tolong mana yang mampu. Saya harap dia okay dan 'tabah mengharungi dugaan-Nya'. Saya sebagai kawan sentiasa mendoakan yang 'terbaik' untuk dia. Doa saya untuk dia tak pernah putus kerana hanya itulah yang mampu saya lakukan sebagai seseorang yang 'mencintai dalam diam'...


MUYYAQ LUDBA RAMO





Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~


Adui...
Written at Monday, 3 September 2012 | back to top

Assalamualaikum!


WOW! Dah dua bulan tak bukak blog? ADUI... Kalau tak silap last update blog masa bulan 7 dulu. HAHA. Nampaknya saya masih lagi tak dapat nak tunaikan janji saya untuk post at least seminggu sekali. HAIH~ Nak buat macam mana, nasib badan. HUHU. Sekarang ni pun curi-curi masa. Nak release tension sekejap. *kunun-kunun lah. HAHA. ERM... Terlalu banyak yang saya nak luahkan tapi saya tak tau nak mulakan dari mana. Terlalu banyak yang dah berlaku dan masa pulak berjalan dengan pantas. Seakan-akan masa berlari dan bukan berjalan. Nak buat macam mana, kita hanya manusia biasa. Kita hanya mampu REDHA dengan kehendak-Nya~ :)


HA! Ada lagi satu benda saya nak bagitau! Nak tau tak, sejak kebelakangan nih saya selalu sakit :'( Sakit kepala yang teramat pastu 'dicampur adukkan' dengan gastrik. PERGH! Rasanya memang 'menyengat dan menusuk kalbu betul'. UHUHUKKK. Saya sememangnya disahkan doktor bahawa saya mengidap migrain. So, sekarang ni saya memang bergantung pada ubat. Ramai yang cakap 'tak elok sangat kalau terlalu bergantung kat ubat, susah nanti' Ya, saya tau tu. Saya makan ubat bila saya bebetul tak tahan atau bila saya kena bertahan untuk buat kerja. Rasanya sem ni banyak kali saya tak larat nak pergi kelas sebab sakit. Mama sendiri cakap yang badan saya ni kurang antibiotik :| 


Tapi tapi tapi! Saya sedar sakit ni sebenarnya adalah dugaan dari-Nya. Bukan niat saya nak merungut tapi saya nak berkongsi cerita. Jadi, kesimpulannya disini adalah... saya akan cuba untuk bertahan mengikut kemampuan saya. Ramai jugak yang tanya 'tak pergi klinik ke?' Bukan tak nak pergi tapi Ayah dan Mama sibuk kebelakangan ni. Dorang pun jarang ada kat rumah. HURM. Tak pe lah, saya dah beso. Boleh jaga diri. HEHE. Semoga sakit saya ni tak melarat dan tak serius. AMIN~


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~