step by step :)
The OWNER Says;
Welcome to my blog. NGEE~ Whatever i wrote here is sincerely from my heart and also from my silly mind. HEHE. By the way, nampak tak cat lelambai tuh? Make sure you guys lambai balik~ HAHA!

The best way to stalk 'the one you love' is by reading their blog entries. HEHE~
Choose and Click...


Profile
Blog
Credits
L.O.V.E...

"learning how to love myself before loving others"


Leave Your Comments Here...


Things I've Talked About...

June 2012 | July 2012 | September 2012 | November 2012 | February 2013 | March 2013 | April 2013 | June 2013 | September 2013 | January 2015 |




Finally, the day has come...
Written at Sunday, 10 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


Seperti yang anda semua lihat pada tajuk post saya kali nih... Akhirnya hari pendaftaran di KTT sudah tiba. Agak nervous lah jugak masa nak pegi mendaftar tu. Almaklumlah, dah lama tak menjejakkan kaki kat kolej~ Seronok sangat dapat jumpa 'geng gila-gila' saya balik. :D


Yang paling tak tahannya masa terserempak dgn Miss Ayu, dia boleh pulak cakap 'EH? Awak dah kurus~' Saya pun macam 'HUH???' HAHA. Serius tak rasa bangga tapi rasa 'pelik' adalah. Membe-membe saya apa lagi mulalah 'Bertuahlah Jibam diet~', 'Untunglah dah kurus' pastu apa tah lagi dorang mengarut. HAHA. Saya tak 'diet' okay. D.I.E.T is not my thing. :) Tak cukup dgn Miss Ayu, si Isharudin pulak cakap 'Jibam! Kau dah kuruslah', 'Kau dah makin lawa lah, macam model~' Reaksi saya? ---> 'What the?' -..-" Okay, perhatian kepada anda semua, jangan percaya cakap budak tu! Saya still saya yang dulu, yang selekeh. Lagipun, dia tu memang macam tu. Suka sangat menyakat org. GGRRR!


Masa dah habis mendaftar tu, Miss Ayu ada bagi saya sikit 'advice'. Segala nasihat yang dia bagi tu membuatkan saya 'termenangis' sikit. Tapi saya tak nangis depan dia tapi depan Jijah. HEE~ Bukan apa, masa sem 1 saya almost dapat 'dekan' tapi sem 2??? 'Hancus' habis~ Jadi untuk sem 3 nih saya nak usaha demi dia. :')


So, lepas semuanya dah selesai. Me and my geng; JijahWani, Fara, Nas, Aidil pegi jejalan kat Giant. Actually, Aidil cakap Din nak ikut tapi kereta dah full. So, sorry Din. HEHE. Kami pun terpaksa 'menyempitkan' diri memasing kat seat belakang. HAHA. Lagipun the boys nak pegi beli barang untuk 'rumah baru' mereka~ Para wanita shopping apa? HEH! Kitaorang apa lagi, shopping tudung lah. Tapi tak beli banyak pun. Sorang satu je. Pastu, kitaorang janji nak pakai tudung tu esok, masa 'first day of class' nanti. :D Sweetkan kami? NGEE~


Yang tudung tu Wani tak beli tapi kami yang belikan untuk dia. Dia tak tau kitaorang ada belikan dia something. ;) *its for her birthday present* Lepas shopping, kami pegi makan kat KFC. Masa tu dah pening, tak tau macam  mana nak 'balut hadiah' Wani. Tetiba saya dapat idea. TING! *sound effect* Saya pegi kat kaunter pastu mintak kotak dan plastik. Akhirnya, saya gunakan barang tersebut untuk meletakkan present Wani. HAHAHA. Hadiah dia dalam kotak ayam KFC!  Tapi kira 'kreatif' lah jugak kan kan kan? XD


Masa balik semuanya kepenatan. Diam je memasing. HAHA. By the way, it was fun. Its nice to meet you guys again. Thanks to Aidil sebab jadi sudi jadi 'driver' nya bila kita nak 'hangout'. Jasamu dikenang. HEHE. Ha! Lagi satu, bila malam sudah menjelang, Jijah call saya dua kali. Nak tau kenapa? Sebabnya... dia cakap dia tak ada baju untuk 'match' kan dgn tudung yang kami beli sesama tadi. HAHA. Macam-macam lah Jijah nih. I wonder...esok dia pakai atau tak tudung tu agaknya? HURMMM~


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~


Fuyooohhh Fuyooohhh~
Written at Saturday, 9 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


Hye semorang~ Harini saya happy sesgt. XD HAHA. Tadi pergi kursus untuk lesen kereta dan tadi adalah kursus yang terakhir. HEE~ Masa En. Zukifli bagi ceramah, saya tersengguk-sengguk sebab mengantuk! HAIH. Apa kena lah dgn saya nih, asal masuk bab 'lesen' je mesti jadi mengantuk. Time tengah semangat nak dengar ceramah tu lah 'momok mengantuk' datang rasuk. What the? HAHA. Alhamdulillah, sebab dapat tahan sampai ke akhir ceramah tu~


Tapi perkara yang paling menggembirakan sekali adalah saya bawak kereta sendiri tadi *semestinya dgn bantuan Michelle* Fuyooohhh Fuyooohhh~ Rasa macam mimpi je. Walaupun perkara nih nampak 'biasa' bagi korang yang baca nih, tapi bagi saya perkara nih sgt... LUARBIASA! Sebabnya, saya nih basikal pun tak tau bawak. Jadi, 'bawak kereta sendiri' tu seperti mimpi jadi kenyataan buat saya~ HAHAHA. *over pulak* Saya bawak dari Port Dickson sampai ke Sepang, percaya tak? Percaya lah wahai kengkawan ku, sesungguhnya saya tak tipu. *boleh lah bawak sebab Michelle ada* :)


Sepatutnya saya belajar kereta next week sebab lesen L hari Selasa minggu depan baru dapat. Tapi lepas habis kursus tadi, Michelle suruh saya yang bawak kereta. Ekspresi saya masa tu---> HUH? -..-' Sekarang nih barulah saya tau kalau nak bawak kereta sememangnya memerlukan keberanian yang 'menggunung'. Saya nih dah lah 'first timer' tapi Si Michelle tu anggap yang saya nih dah bawak kereta 40 tahun je. GGGRRR! Kena marah dgn dia tapi i admit it, salah saya jugak. Enjin kereta mesti mati dekat 'traffic light' HAHA. *malu gilak org tengok*


Well, saya anggap semua tu as my 'precious memory'. :D Bila lagi nak kena marah dgn dia kan? HAHA. Masa on the way nak pegi kursus tuh, kitaorang berborak lebih daripada yang biasa. Selalunya borak jugak lah tapi tak ada lah 'rancak' macam tadi. Story pasal org curi line, harga tin/botol plastik recycle, pastu pasal kambing dia *siap tunjuk gambar lagi* Comel kambing dia~ HAHA. Dia bagitau yang kambing dia tu jinak. Motif dia cerita pasal kambing dia? Kalau nak tau, pegi tanya dia sendiri. XD Banyak lagi lah 'masalah negara' yang kitaorang bincangkan tadi. Pelik-pelik je 'perbincangan' kitaorang kan? MUEHEHE~


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~



Another day, another order...
Written at Thursday, 7 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


So, harini mama saya dapat order lagi. Kali nih daripada Jijah. Dia adalah salah sorang daripada ahli PAKK. PAKK stands for 'Pusat Aktiviti Kanak-Kanak'. PAKK ada buat lawatan ke Petrosains. Sepatutnya saya nih pun salah seorang ahli PAKK dan kena 'follow' lawatan tu sekali tapi atas sebab tertentu saya tarik diri~ :(


Pepagi tu awal gila kena bangun. Dorang order Nasi Ayam sebanyak 50 bungkus. For me, 50 tu tak ada lah banyak sgt. Saya pernah buat dah beratus-ratus. ECEEEHHH~ *poyo gila* Mama masak + bungkus nasi, saya bungkus sup + cili + kicap, Ayah??? TIDUR~ GGRRR! Mana aci ayah nih! Bukan nak tolong woh. Tapi tak apa sebab me and my mum pun dah okay dah. Dah cukup 'power' dah team kami. HAHA.


Untuk kejar masa, 'sepantas kilat' saya dan mama bungkus makanan tu. Janji dgn Mama Jijah pukul 8 mesti siap dah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kitaorang sempat siapkan order tu. Masa Mama Jijah dah datang tu, sempat lagi dia cakap 'Kenapa tak pegi? Marah kat Mama ke?' HAHA. Masa tu tergelak saya dibuatnya. Saya pun cakap lah 'Mana adalah Mama~ Buat lawak je Mama nih' Buat pengetahuan semua, saya panggil Mak Jijah, Mama. So, saya ada dua Mama. HEE~ :)


Lepas tu, Mama Jijah buat lawak lagi. Dia cakap 'Erma sekarang dah makin putih lah, patutlah tak nak keluar rumah~' HAHA. Masa tu saya mampu gelak je. HAIH~ Ada-ada je Mama Jijah nih. Serius, saya sikit pun tak rasa 'bangga + kembang'. Cuma saya rasa agak... 'konpius'. Tang mana tah yang putih nya pun tak tau lah saya. Rasa macam sama je. Well, apa-apa je lah. Asalkan Mama Jijah bahagia~ *tetiba* HEHE. Lepas tu, Mama Jijah bagi 'bayaran' makanan tu kat Mama 'real' saya. NGEE~ Akhir kata...


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~



Saya tak mengidam dah...
Written at Wednesday, 6 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


NGEH. NGEH. NGEH. Saya sudah kembali! :D *apa kena nih?* Okay, wa nak bagitau sama lu olang sume yang wa dah ada cbox! HAHA. Itu pun nak bagitau ke? EH! Mestilah. Blog saya so tak apa lah kan kan kan? Just nak 'share' benda baru je. :) So, cbox tu adalah 'chatbox' dan anda boleh tinggalkan komen anda disitu. *kotak sebelah kiri tu* Tak kisah lah anda nak komen apa pun kat situ asalkan yang elok. HEE~ Harap anda komen lah ya? *dgn muka penuh harapan* XD



Well, pejam celik pejam celik, dah 6 haribulan dah. HAIH~ Tak lama lagi start kolej. Hope everything will turn out well~ :) Tak sabar nak jumpa kengkawan. Oh, tidak lupa juga 'lectures' yang disayangi... ;) So, harini tak banyak sangat yang berlaku. Cuma harini ada berlaku satu kejadian aneh. Pagi tadi saya tetiba rasa lapar. HUH? Pelik ke tu? Bagi saya sememangnya pelik sebabnya saya ni bukan jenis yang 'makan pagi/breakfast'. Bila pagi tu dah lapar teramat sgt, masak 'maggi' lah jawabnya...


ISH. ISH. ISH. Kengkawan semua, jangan tiru perangai saya diatas. Makan 'maggi' di pagi hari sangatlah tidak sihat untuk anda. Ingat tuh! ECEEEHHH~ *macam pakar kesihatan pulak* So, lepas selesai makan, terus kemas rumah pastu tolong mama buat persedian untuk masak sebab mama dapat order makanan. Buat pengetahuan anda semua, mama saya ni kekadang buat 'katering' tapi bukan secara besar-besaran *tak ada syarikat pun* dan saya inilah 'personal assistant' dia. Ayah pun ada tolong jugak. :)


Orang yang order makanan tu adalah jiran kami. Dia buat majlis pertunangan anaknya jadi mama saya lah yang bertanggungjawab dalam bahagian makanan. Bila dapat order, kami akan bahagikan tugas sesama 'anak beranak'. HEHE. Mama masak, saya kemas dan ayah kena 'list down' kan pinggan, cawan, sudu, garfu, etc yang jiran kami pinjam *tak adil, kerja ayah senang :p*. Di sini kita boleh lihat perkara yang terpenting ialah 'kerjasama'. Apa yang penting? Kerjasama~ Apa yang penting? Kerjasama~ *jadi 'wonderpet' pulok dah*


Bila semuanya dah siap, jiran saya datang amik makanan-makanan yang 'delicious' belaka tuh. Lepas maghrib, mama dan ayah pegi majlis tersebut. Saya? Saya duduk rumah je. Saya ni 'gedik' sikit sebenarnya. Saya tak suka pegi tempat yang 'crowded', tempat yang sesak dgn org. Saya sendiri pun tak tau kenapa saya 'menggedik' macam nih. HAHA. Yang penting, saya rasa tak selesa bila ada kat tempat yang ramai orang. Jadi, melepak je lah di rumah.


Bila mama balik, mama bawak 3 slices of secret recipe cake. Tuhan je lah yang tahu betapa 'happy' nya diri ni. Masa tu, dah buat gaya 'zombie' dah cuma kalau zombie cakap 'otak' kan? Saya punya style zombie cakap 'cake'. CAKEEE~ CAKEEE~ HAHA. Mengidam nak makan cake, dah lama tak makan. Cake tersebut mengambil masa 30 saat je untuk di habiskan. MUAHAHA~ Akhir kata, 'saya tak mengidam dah'... :)


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~


Thanks to the 'link', i was shocked to death! :p
Written at Tuesday, 5 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


EH? Kenapa tajuk post kali nih lain macam? HAA~ Nak tau kenapa??? Pastikan anda baca cerita saya sampai habis okay? *Promote post secara tak langsung* HEHE. Sebenarnya, agak-agak dalam pukul 4 p.m. tadi saya ada chat dgn salah seorang 'bestie' saya kat kolej. Dgn tak ada salam, tetiba je dia bagi 'link' di bawah nih;



Oleh disebabkan saya nih 'lurus + bendul' orgnya, saya pun klik lah link lah tuh. Dan hasilnya... ada momok yang 'CANTIK' sgt paras rupanya muncul di depan mata. Bukan itu sahaja, dia juga ada buat bunyi. *Kira macam pakej lah konon~* Jeritan nyaring yang 'SEDAP' di dengar :| Masa tuh dah lah tgh pakai 'earphone' so terima kasih ya Wani sebab buat diri ini pekak sebentar! :p


Masa tuh rasa macam terhenti kejap jantung nih. Rupa momok tuh tak ada lah scary mana tapi 'jeritan batin' dia tu yang tak menahan. Nak je 'stapler' mulut dia tu! Momok tu sama je dgn org yang bagi link tu! XD So, selepas jantung nih dah rilex. Dia ada bagi lagi satu link. What? Another one?! Yes, A.N.O.T.H.E.R one. HAIH~ 'Nasib bai lu kawan wa 'chipsmore'. Lau tak dah lama dah wa kunyah pastu telan lu~' Sebelum dia nak bagi link tu dia hantar chat macam nih;

Okay, komik tuh memang best sgt! *best konon* Seumur hidup saya nih tak pernah lagi baca komik macam tuh. You guys nak tau komik apa dia bagi? Sila klik ---> SAYA dan juga SAYA. And don't worry, it's just a comic. Nothing else. Tak ada org jerit-jerit pun. Serious :) Macam mana nak baca komik tu? Link 'SAYA' tu akan tu akan bawa anda pegi ke satu page yang lain. Itulah page komiknya, and what you need to do is just 'go down/scroll down' the page. Komik tu kira macam 'strip komik' lah. So, hope you guys try it! :) Tak apa. It's not gonna harm you. See, i'm still alive and still boleh menaip untuk blog nih~ :D


Hari ini saya telah menyedari satu perkara... Barulah saya tau yang saya nih rupanya... 'lemah semangat'~ XD Terima kasih Wani sebab buat saya 'tersedar' pasal perkara nih! :p :p :p


Selepas saya dah dikenakan oleh Wani, saya cuba pulak nak kenakan one of my 'bestie' masa kat sekolah menengah dulu. Nama dia Ezzani but as for me, saya panggil dia Ejat. EH? Kenapa saya panggil dia Ejat? Sebabnya adalah, family dia panggil dia Ejat dan disebabkan saya agak rapat dgn dia so saya panggil lah dia Ejat jugak, plus saya ada 'sejarah' dengan dia. HEHE~ Dia nih sama sekolah dgn saya masa Form 1 sampai Form 3. So, secara tak langsung dia nih pun kenal jugak dgn Naim Taharim yang saya pernah 'mention' dalam post sebelum nih :) 


Yang kat atas nih adalah respond dia bila saya bagi dia link yang si Wani bagi kat saya tuh. 'Cool' je respond dia. HAHA. Tapi saya dah 'termalu' dah sebenarnya sebab dah 'terkantoi' di situ. NGEE~ Lepas tu... saya kena 'kaunseling' dgn dia~ :|


HAHA. 'Padan muka kau EMA!' Sampai dua row dia bagi 'advice'. HAIH~ Insaf sekejap. X) Inilah Ejat saya, dia memang seorg kawan yang baik. Selalu bagi 'advice' kat saya dan paling saya suka pasal advice dia nih, kita tak akan rasa 'kecik hati' pun dgn apa yang dia nasihatkan kat kita. Thanks Ejat <3 InsyaAllah, saya tak buat lagi. NGEE~ Seperti biasa, untuk menggunakan nama mereka yang terlibat dalam post ini saya akan mintak izin trlebih dahulu. Dan ini adalah reaksi Ejat;


See, 'cool' + 'sporting' kan dia nih? :) Kalau kitaorang chat, mesti ada byk 'smiley' tu. HAHA. Disebabkan dia baik dgn saya, next time saya nak buat post pasal dia lah. Bolehkan Ejat? HEE~ So, kalau nak tau Ejat macam mana orgnya tunggu lah post saya yang akan datang. *itupun kalau dia izinkan* :D


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~


Cakap pasal apa yang B.A.R.U...
Written at Monday, 4 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


Berjumpa lagi kita di hari, masa dan tentunya topik yang lain :) Sebelum saya membebel dgn lebih panjang lebar lagi, saya nak bagitau yang blog nih dah ada lagu! WEE~ Suka tak? Suka tak? Tak suka?! Okay, tak apa... *sedih* HEHE. By the way, kenapa saya pilih lagu-lagu yang ala-ala 'emotional' nih? Sebabnya adalah...



1. Lagu nih adalah OST bagi anime 'Naruto'. Saya suka cerita Naruto so terpilih lah lagu tu untuk diletakkan di blog ini :D Plus  yang lagu first ada bunyi hujan kan? As i said before, i love rain~ :)
2. Lagu ini semuanya milik 'Flute of Harmony'. Saya sgt suka group nih. Kalau tgk nama pun dah tau lagu dorang mesti harmony punya lah dan sudah semestinya lagu dorang nih boleh 'menyentuh perasaan org' Nangis pun boleh~ :')
3. Last but not least, saya suka lagu mereka kerana saya 'pencinta kedamaian' ECEEEHHH~ 'Terpoyo' pulak disitu! XD


Secondly, i want to tell you guys that i've got a NEW friend. HEE~ I'm so happy that i could die! HAHA. Nama dia Aqilah Abdullah. Dia nih acctually 'girlfriend' kepada Adib Hafifi. Siapa Adib tu? Yang tu saya bagitau next time okay? ;) Masa first kenal tu macam 'kekok' sikit. Ye lah, baru kenal mestilah macam 'memalu' gitu. Tapi bila dah lelama... HUH! Macam kitaorang nih membe sejak sekolah tadika je. HAHA. Dia sgt 'peramah + baik'. Dia juga seorang yang 'memahami'. Terasa bersyukur sebab dikurniakan kawan macam dia. Tadi chat dgn dia sekejap, sempat lagi puji blog saya yang tak seberapa nih. Inilah Wada yang saya kenal, sgt sgt sgt suka puji org... XD



Selain dari mempunyai personaliti yang baik, dia juga mempunyai rupa cantik. *mesti Wada kembang bila baca nih* HAHA. But i'm saying it because it's true :) Dia sgt cantik, ada senyuman yang ikhlas lahir dari hati~ Betullah apa yang orang kata, 'kalau hati baik, rupa pun cantik' Adib sebagai 'boyfriend' dia sgt bertuah sebenarnya so kalau dia tak hargai Wada nih, tak tau lah nak cakap apa. 'Memang aku rebus kau Bolat, buat sup!' HAHA.


Akhir kata dari saya buat Wada...

"Terima kasih Wada sebab sudi jadi kawan Ema. Thank you for being nice to me. Ema hargai sgt-sgt persahabatan kita nih. Thanks jugak kat Adib sebab tanpa dia, kita tak kenal dan Ema juga berterima kasih pada Allah sebab dah mengaturkan pertemuan Ema dgn Wada. Ema harap 'friendship' ini akan berkekalan hingga ke akhir hembusan nafas Ema..."


Okay! Sekarang nih saya nak cerita pasal kawan baru yang kedua~ Nama dia Naim Taharim :) Masa nak buat post pasal dia nih, saya dah mintak izin kat dia dah. HAHA. Lawak betul respond dia...


Kitaorang ada banyak nama panggilan. Contoh; 'bomoh, momok, kau, aku, saya, awak, sengal, sawan, boboiboy, weyh, oi, dll' HAA~ Banyakkan? Kekadang rasa geram pun ada kalau chat dgn dia nih. Suka sgt perli org! :p Acctually, saya dah kenal si budak Naim nih sejak dari Form 1 lagi. Dia sama sekolah dgn saya. *S.M.K Seri Sepang* Tapi masa dedolu kitaorang tak bertegur pun. Almaklumlah, Naim sombong orgnya~ HAHA. Lagipun, masa saya Form 1 dulu saya pemalu orgnya~XD Bila Form 4 saya pindah teknik. *S.M.T.Kuala Selangor* Sejak dari tuh, saya mula berubah. Saya jadi lebih 'talkative' :)


Dalam tahun ni jugak lah dia start tegur saya melalui chat FB. Bila chat dgn dia... HADUYAI~ Boleh gila dibuatnya. HAHA. But it's nice to get to know him. Saya byk gelak bila dgn dia. Thanks Naim, i appreciate it a lot! :) Semalam, chat dgn dia. Story pasal ex-girlfriend dia, pastu sempat kutuk-kutuk pulak tuh. HEE~ So, hope kami akan jadi 'berkawan baik'... HAHAHA~


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~


Hari yang menguji kesabaran 'mental serta fizikal' !!!
Written at Sunday, 3 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


Hye semorang, hye blog. Okay, harini ni saya nak membebel pasal apa yang saya lalui sepanjang satu hari ni. Buat pengetahuan anda, pagi tadi saya pegi amik test computer kat Port Dickson. What? Kat PD? HAHA~ Jauh kan? Walaupun saya duduk Sepang tapi saya amik lesen kat PD. Kenapa? Kenapa? Panjang ceritanya~ So, abaikan sahaja. HEHE. Kembali kepada topik kita tadi... Masa nak pegi amik test tu rilex je sebab sebelum ni pun penah amik jugak tapi FAIL! :D So, harini terpaksa lah pegi lagi. Sampai je kat sana, memang 'tekejut beruk' lah sebab ramai gila orang. HUH! Dah lah sensorang. Selalunya pegi dgn Jijah *my bestie* tapi dia nak pegi amik test kat tempat lain. 'Tempat yang lebih dekat' katanya. Nak tak nak terpaksa lah bertahan. HUHU~


Dengan gaya yang 'cool' saya pun pegilah daftar. Dia bagi nombor giliran. 038 nombornya. Tapi bila toleh je kat skrin angka giliran... nombornya baru 004!!! Termelopong jugaklah saya kat situ sekejap. Aduyai. Memang mencabar mental betul. Dah lah masa tu mengantuk 'tahap kambing gurun'! Tambah-tambah lagi malam sebelum tu memang tak tidur so PADAN MUKA EDEN! Sementara tunggu, belek-belek lah sikit apa yang patut tapi mengantuk tu still tak nak pegi jejauh. Saya pun capai beg, letak kepala atas beg, dan TIDUR. Lantaklah orang nak cakap apa pun~ HAHA.


Setelah menunggu selama 3 jam lebih, akhirnya sampai jugak giliran saya. YEAY! Masa test tuh berdebar gila sebab takut fail buat kali kedua. Memang berhati-hati habislah waktu jawab. HAHA. Bila dah siap, check lah keputusan. 'Wa senyum sampai ke telinga sebab wa LULUS!!!' Macam orang gila pun ada sebab senyum sensorang masa tuh. HAHAHA. Memang happy sesangat. Alhamdulillah~


Bila test dah habis jawab datang pulak ujian yang kedua. Kena tunggu Michelle amik dan kena tunggu selama beberapa jam lagi sebab dia busy. *Michelle; org yang bertanggungjawab dalam pengambilan lesen saya* Okay, masa ini sangat teruji kesabarannya. Dah lah panas, lapar, mengantuk, dan orang-orang sekeliling yang 'psycho'! Mana tak nya, masa tgh tunggu tu ada pulak sorang mamat mana tah amik gambar saya. ADUYAI~ Menyirapnya... Memang nampak sangat dia amik! Masa tu memang dah buat muka bengang. Nak je 'marah + tampo' dia, harap muka je handsome tapi PERANGAI hampeh! Tapi bila pikir balik kena kawal kemarahan sebab tempat orang. Kalau terjadi apa-apa susah sebab ada kat tempat yang tak familiar~ So, saya abaikan budak tu dan pegi kedai beli air 100 plus.


On the way balik kedai, terserempak pulak dgn 'budak cute'. Ternampak dia masa nak tunggu nombor. HAIH~ 'Comeynya ciptaan Tuhan'. Yang paling tak sangkanya dia senyum kat saya. HEHE. Tapi saya tak balas sebab tgh bengang plus saya tak nak dilabelkan sebagai 'gatal, miang, etc' Harap maaf ya budak cute. Ada jodoh nanti kita terserempak lagi. HEE~ :) Nak cover lapar punya pasal, sekejap je dah habis dah 100 plus saya. Nak menapak kembali ke kedai tu memang tidaklah so duduk je lah kat luar tempat test tu dgn dikelilingi makhluk yang tidak dikenali :0


Tempat test tu, seluruh pintu dia kaca, kira cermin yang 'transparent' tu. So, kalau kita duduk kat luar kita boleh nampak org kat dalam dan sebaliknya. Masa saya tgh tunggu kt luar tu, ada makhluk mana tah yang 'batak' sgt tak penah jumpa cermin pegi ketuk-ketuk cermin tu. Kuat pulak~ GRRR! Tahap kesabaran dah nipiiisss dah masa tu. Nak je marah tapi nasib baik akal masih waras. Dah lah dia main ketuk-ketuk siap panggil-panggil pulak tu? Rasa macam nak je jerit--->'Kau dah kenapa ha munyit?!' Serius tak suka bila orang yang kita tak kenal buat macam tuh...


Harap maklum, i'm not the type yang 'suka perhatian'. Kalau perhatian yang baik, bagus, tuh okay lah tapi kalau perhatian yang macam tu memang saya ANTI habis. Tambah-tambah lagi kalau yang 'jenis bersiul' nak panggil orang. Dalam erti kata lain *mengorat style* EUUUWWW~ Tu lagi lah anti gila. Saya bukan 'bajet HOT STUFF' ke apa. Cuma saya rasa 'tak dihormati' bila orang buat macam tuh. Kita ada adab dan bahasa, kalau nak berkenalan sekalipun gunakan cara yang baik dan sopan. Barulah macho BRO ;)


Waktu Michelle dah sampai, saya rasa macam happy sesangat sebab dapat tinggalkan tempat yang 'seram' tu. HAHA. Michelle bawak anak bini dia sekali. Anak dia 'cute miut'! Almaklumlah, anak cina lah katakan. Saya tidur sepanjang perjalanan balik Sepang. NGEE~ Tak tahan, mengantuk sangaaattt~ Sampai je rumah, bagi salam, masuk bilik, campak beg dan sambung tidur balik! HAHA. Bayangkan lah sampai macam tuh sekali penatnya. Makan pun boleh lupa. Mama banyak kali kejut tapi tak bebangun. HAHAHA~ At last, pukul 11 p.m. baru terjaga. HUHU. Masa tuh apalagi, pegi makan lah. Lapar woh! XD

The moral values of this story is;
Berusahalah dgn kuat untuk kawal kemarahan anda jika berada di tempat yang tak dikenali. Buruk padahnya kalau kita cari gaduh. Tapi kalau kita kenal orang yang cari pasal tu, apalagi... HENTAM + TIBAI je dia! HAHA.
Sebelum travel bawaklah makanan, minuman @ snacks. Maybe tempat yang kita nak pegi tu tak ada kedai runcit atau kedai runcit jauh atau kita malas nak berjalan ke kedai tersebut :) 
Kalau kita tunggu seseorang, pastikan dia kompem datang. Call @ text dia. BBM, Whats App pun boleh~ HAHA. *zaman dah maju kan?* 
Pastikan juga tempat yang anda tunggu tak sunyi dan ada orang. Mana lah tau kena culik ke, nanti ada jugak lah yang nampak dan tolong~ :D


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~


Rainy day + Counting the days...
Written at Saturday, 2 June 2012 | back to top

Assalamualaikum!


It's me again~ HAHA. Of course lah it's me, siapa je lagi yang boleh publish post nih selain dari tuannya kan? HEE~ Sekarang ni cuaca tak berapa nak 'sunny' sebab aura mendung tu dah datang. Maybe nak hujan. Bagus jugak lau hujan sebab i love the 'scent of the rain'. HEHE~ EH? Hujan pun boleh bau ke? Yup, bagi saya lah. Saya boleh detect bau hujan. *i'm not a dog!* Pelik? Biarlah :p Bau hujan boleh buat kita tenang, kalau you guys tak caya bila hujan nanti cuba pegi bau *macam amik nafas tu* tapi jangan lah sampai sedut air masuk dalam hidung. Sesak napas plak nanti~ *don't blame if that happens okay?* HAHA. And also, make sure you guys jauh dari sampah, najis, etc. Nanti bukan sesak napas jee yang datang. Pengsan pun boleh jugak nanti~ X)


Okay, sekarang nih kita lupakan pasal hujan and go straight to the main point of this post. Sebenarnya, saya nak cakap pasal hari yang bakal menjelang nih. Ada 8 hari jee lagi. Hari apa tuh? Mestilah hari 'pendaftaran Semester 3 di KTT' URGGGHHH~ KTT stands for 'Kolej Teknologi Timur' and to be honest, actually i'm not that excited to go back to college. Why? Maybe because my 'mental' not prepare yet or maybe because 'malas' is on my way. HAHA~ Tapi saya dah janji dgn diri sendiri untuk tidak lagi menjadi 'orang yang malas'. Semoga saya akan lebih tabah demi membanteras MALAS. NGEE~


Kembali kepada topik. Saya kini sudah @ bakal berada di semester 3. Saya amik course art and design. Rasa macam tak caya yang saya ni semakin tuaaa. HEHE~ Pejam celik dah 2012. Sekarang ni, masa bukan berjalan dah tapi berlari dgn pantas. HAHA. Tu sebab ramai orang cakap zaman sekarang ni adalah 'akhir zaman'. HAIHH~ *nak kena berubah sebelum terlambat*


Untuk semester 3 yang bakal menjelang nih, hope saya akan cekalkan hati untuk hadapi sebarang dugaan dan tak lupa juga untuk buangkan sikap 'tangguh kerja' YEAH! EH? Tetiba semangat dah datang. Okay! Semester 3... Give me what you got! Saya akan pastikan sem 3 ni tak sama macam sem 2 saya yang 'sucks' tuh! Saya akan jadi yang lebih baik dari yang terbaik! :D


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~



New blog, different stories but still the same ME...
Written at Friday, 1 June 2012 | back to top

Assalamualaikum semorang!

HEHE~ Bajet macam ada orang jee yang nak baca blog nih. HAHA. Lagipun, saya selaku tuan blog ini ingin menjadikan blog ini sebagai 'private blog' saya tapi masyarakat setempat masih lagi boleh baca isi kandungannya~ EH? macam mana pulak tuh? Haishhh... belit belit pulak ayatnya. Okay, senang celita. Wa buat ini belog untuk wa baca kila macam dialy wa la tapi lau lu orang 'termelintas' kat belog wa, tu kila lu punya nasib la. Wa talak kisah punyaaa~ FUHHH! Anda semua sudah paham? *cakap sensorang* Kalau sudah paham bagus. Bagi yang masih tak paham, lu olang pigi google translate, lu kasi translate wa punya bahasa~ HEE~


Cop! Janganlah panggil saya 'kuwang hajo' sebab main-mainkan 'kepelatan chinese people'. Jujur + serius tak ada niat untuk melakukan sedemikian rupa. HUU~ Sebenarnya saya suka dengar orang cina cakap melayu. Tambah-tambah lagi BABA NYONYA. Best sangat! Macam berlagu jee~ Cop lagi sekali! Errr... Kenapa tetiba jee cakap pasal 'budi bahasa budaya kita' nih? Bukan tadi cakap pasal ketibaan blog entries yang pertama ni ke? -..-' *clueless*


Orait! Abaikan sahaja persoalan tadi. Kembali kepada cerita blog. So, blog ini merupakan blog kedua saya. Mana yang pertama? Yang pertama tu sebenarnya blog untuk assignment 'BEL 120' masa Sem 1 dulu~ Blog tersebut digunakan untuk menguji kehebatan setiap student dalam mempertingkatkan kemahiran serta kepandaian mereka dalam english. Yup, semorang kena tulis entries blog dorang dalam english. Apalagi, penggunaan google translate secara berjemaah lah semuanya. HAHA. Ramai yang cakap 'Kau bolehlah Jibam, kau terel english' HEH! Saya pun tulis 'bahasa rojak + kuah kacang'. Bahasa Melayu + English. HEE~


So, saya harap saya akan lebih improve dalam english dan majukan ART untuk negara~ *tetiba* Saya juga berharap bahawa saya akan maju jaya dalam penulisan blog saya ini justeru dapat memberi inspirasi kepada mereka diluar sana~ CEWAAAHHH~


Sekian, terima kasih.


Lots of love, From me to you~